Perak tiada cadangan kurangkan penjawat awam - Utusan Malaysia

Perak tiada cadangan kurangkan penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Mac – Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah pejawat awam di negeri ini buat masa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, namun kerajaan negeri akan meneliti jika ada keperluan  untuk mengurangkan penjawat awam lantikan politik.

“Setakat ini tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam negeri kerana kerajaan negeri buat masa sekarang masih selesa degan emolumen yang kita bajetkan kepada penjawat awam di negeri Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sokong pendirian kerajaan Persekutuan (cadangan mengurangkan kakitangan awam) tapi kita akan teliti jika ada keperluan  untuk mengurangkan penjawat awam yang diambil daripada kalangan mereka yang terlibat dalam politik, itu keutamaan kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Tourism Perak dan Perak Transit bagi perkhidmatan bas Hop On Hop Off (HOHO) Perak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini