LAHORE 21 Mac- Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara ke atas seorang warga Czech ekoran jenayah penyeludupan dadah. Tereza Hluskova, 22, yang bekerja sebagai seorang peragawan tidak membuat apa-apa pengakuan ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya dan memohon rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. “Kami akan failkan rayuan terhadap keputusan itu kerana saya pasti dia tidak bersalah,” kata peguamnya, Sardar Asghar. Hluskova ditahan di Lahore Januari tahun lalu selepas didapati menyembunyikan dadah di dalam beg pakaiannya sebelum menaiki penerbangan ke Emeriah Arab Bersatu.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya