Penyokong United bengang dengan Liverpool, City - Utusan Malaysia

Penyokong United bengang dengan Liverpool, City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mac – Empat kelab Liga Perdana Inggeris sudahpun ketahui nasib mereka dalam suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini, dan penyokong Manchester United berasa tidak puas hati terhadap keputusan undian tersebut.

Majlis undian diadakan di Nyon yang menyaksikan Red Devils diundi menentang Barcelona, yang telah memenangi pertandingan tersebut sebanyak empat kali sejak 13 tahun lalu.

Kelab Catalan itu turut memiliki Lionel Messi, yang memusnahkan Red Devils dalam perlawanan akhir 2011. Penyokong United difahamkan bimbang tentang pertemuan itu, yang dijangka memberi laluan sukar buat kelab kesayangan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka juga sedikit kecewa apabila melibat pencabar Liverpool dan Manchester City, masing-masing diundi menentang Porto dan Tottenham, yang mana pada pandangan penyokong United ia merupakan satu laluan mudah untuk ke final.

Menerusi media sosial Twitter, seorang peminat United menulis: “City dan Liverpool mendapat undian mudah, manakala United bertemu Barcelona. Ia memang mengejutkan…”

Sementara seorang lagi penyokong menambah: “Segalanya menjadi serba tak kena dalam undian ini dari kaca mata penyokong United.

“United bertemu Barcelona. Kemenangan mudah untuk mereka pada pandangan saya. Liverpool menentang Porto. Satu perlawanan mudah. City berdepan Spurs, tidak sukar untuk mereka.”

Satu lagi luahan hati peminat United memberitahu: “Solksjaer mesti tertanya-tanya apa yang perlu dia lakukan untuk dapat undian mudah. Sementara City dalam kedua-dua pertandingan, dan Liverpool dalam Liga Juara-Juara, terus mendapat laluan mudah.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini