GEORGE TOWN – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang telah diarahkan keluar dari unit sewaan mereka kerana melanggar syarat penyewaan, dibenarkan kembali ke unit masing-masing selama tiga hari bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Afif Bahardin berkata, langkah sementara itu diambil sebelum tindakan selanjutnya diputuskan kerajaan negeri. “Kita masih belum membuat apa-apa keputusan sama ada mereka perlu keluar semula…










