Penyeludup pundi ikan tumpas - Utusan Malaysia

Penyeludup pundi ikan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Pihak berkuasa China mendakwa 11 orang kerana menyeludup pundi renang ikan berasal dari Mexico, ikan totoaba, bernilai lebih AS$119 juta (RM486.4 juta).

Rampasan itu adalah antara yang terbesar di China. Pundi renang ikan totoaba digunakan dalam ubat tradisional di negara itu.

Mexico bertahun-tahun mendesak China untuk membasmi penyeludupan ikan totoaba kerana bimbang aktiviti menangkap ikan itu secara ha­ram di Teluk Mexico turut membunuh spesies ikan lumba-lumba terkecil dunia dikenali sebagai vaquita marina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa bandar raya Jiangmen di wilayah Guangdong, selatan China berkata, semua 11 suspek itu disyaki menyeludup hampir 20,000 pundi renang bernilai lebih AS$119 juta dari Mexico.

Sindiket penyeludupan yang diketuai seorang individu bernama Liang Weihua itu dituduh mengangkut organ ikan totoaba tersebut dalam jumlah yang besar dan menjualnya kepada pengguna di China.

“Jenayah ini berlarutan selama lebih tiga tahun,” kata pihak pendakwa raya Guangdong.

Laluan penyeludupan itu juga melibatkan sebilangan negara jiran termasuk Kemboja, Laos dan Vietnam. Menurutnya, kes itu di bawah siasatan lanjut.

Bilangan ikan totoaba yang terancam merosot dengan ba­nyak sejak tahun 1940-an, terutama sekali kerana reputasi penyembuhannya dalam perubatan tradisional China.

Satu pundi renang ikan itu boleh dijual pada harga sehingga AS$20,000 (RM81,752) sekilo gram di pasaran gelap China.

Pundi renang ikan totoaba dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti merawat kesakitan akibat artritis, me­ngurangkan ketidakselesaan semasa kehamilan dan baik untuk kecantikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini