ALOR SETAR – Seorang lelaki bertindak mencampakkan tiga guni berisi 110 kilogram (kg) daun ketum bagi mengelak ditahan anggota tentera di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Batu Persempadanan 34 dalam daerah Padang Terap dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an terus memecut laju motosikalnya dengan meninggalkan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM10,625. Panglima Enam Briged, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, Markas Enam Briged melalui…









