JAKARTA 9 Mac – Vokalis band Zivilia, Zulkifli ditahan polis selepas didakwa memiliki dadah jenis syabu dan ekstasi.
Tempo melaporkan, Zulkifli bersama lapan rakannya disyaki terlibat aktif dalam jaringan pengedaran dadah.
Mereka didakwa mengikut Perkara 112 dan 114 Undang-Undang Narkotik.
“Kesemua mereka berdepan hukuman mati atau sekurang-kurangnya 20 tahun penjara,” kata Pengarah Pesuruhjaya Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya, Suwondo di sini semalam.
Pelantun lagu Aishiteru itu ditahan di Kelapa Gading, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu bersama 24,000 pil ekstasi dan 9.54 kilomgram methamphetamine.
Siasatan lanjut mendapati, jumlah keseluruhan barang bukti yang disita adalah 50 kilogram methamphetamine dan 50 ribu pil ekstasi.
Rangkaian itu didakwa mengedar methamphetamine dan ekstasi ke Jakarta, Surabaya, Palembang, dan Lampung.
Ketika disoal siasat, penyanyi itu mengakui hanya mengedar dadah dua kali selepas menyertai rangkaian tersebut pada tahun lalu.











