KANGAR 26 Mac – Meskipun berjaya melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit di sebuah premis di sini hari ini, namun nasib tidak menyebelahi seorang penyamun apabila kad pengenalannya tercicir di kedai tersebut. Berikutan itu, polis kini sedang giat memburu suspek selepas mengenal pasti identiti lelaki berkenaan melalui kad pengenalan tersebut. Ketua Polis daerah, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, suspek datang ke premis berkenaan dan berpura-pura sebagai pelanggan untuk membeli telefon bimbit. Katanya, suspek meminta pemilik premis terbabit mengeluarkan sebuah telefon bimbit berjenama untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya