SEBERANG PERAI – Seorang penjenayah lelaki yang dikehendaki polis melibatkan empat kes mati ditembak di dalam ladang kelapa sawit di Jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, suspek yang mempunyai 17 rekod jenayah dan 11 rekod berkaitan dadah itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah anggota polis ketika cuba meloloskan diri semasa dikejar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol…










