KUALA SELANGOR – Seorang lelaki retak tulang rahang selepas kenderaan dinaikinya dibaling batu oleh sekumpulan lelaki yang melakukan jenayah samun di Jalan Telok Piah, kelmarin. Dalam kejadian pukul 2 pagi, mangsa berusia 28 tahun itu bagaimanapun gagal disamun oleh kumpulan suspek yang menaiki motosikal itu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Besar. Katanya, sewaktu pemanduan tersebut mangsa telah berselisih dengan dua buah motosikal dari arah bertentangan di Jalan Telok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya