Peniaga nyaris maut langgar sekumpulan lembu - Utusan Malaysia

Peniaga nyaris maut langgar sekumpulan lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 9 Mac – Lagi kes langgar haiwan berkeliaran dan kali ini melibatkan seorang peniaga yang nyaris maut apabila kereta dipandunya merempuh sekumpulan lembu dalam kejadian di Kilometer 30 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Kampung Batu 18 di sini pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Izzaz Syamil Ismail, 23, yang memandu bersendirian kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pengadu ternampak beberapa ekor haiwan berkenaan di atas jalan raya namun tidak sempat mengelak ekoran jarak yang dekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana jarak yang dekat, pengadu gagal mengelak lalu terlanggar lembu-lembu tersebut.

“Bagaimanapun, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaannya yang rosak teruk,” katanya di sini.

Sehubungan itu, Mohd. Adli mengingatkan pemilik haiwan agar tidak melepaskan ternakan mereka merayau di jalan raya.

Katanya, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil ke atas mereka yang ingkar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini