KLANG – Seorang pengurus akauntan diburu selepas disyaki terlibat kes pecah amanah sebuah syarikat pembinaan melibatkan kerugian kira-kira RM4.4 juta. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki dikenali Hoh Kian Kuen berusia 49 tahun didapati telah menghilangkan diri sejak 19 Januari lalu. Beliau berkata, kejadian itu disedari pengurus bahagian sumber manusia syarikat itu pada 1 Mac lalu. “Hasil siasatan dalaman syarikat berkenaan mendapati pengurus itu…










