Pengumpul besi buruk maut, rakan parah diserang dua lelaki - Utusan Malaysia

Pengumpul besi buruk maut, rakan parah diserang dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 2 Mac – Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera parah dipercayai diserang dua lelaki ketika berbual-bual di taman permainan Taman Makmur, Lunas di Kulim, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…
MIOR FARIDALATRASH WAHID
MIOR FARIDALATRASH

Dalam kejadian pada pukul 7.49 malam itu, mangsa, P. Manimaran, 38, yang bekerja sebagai pengumpul besi buruk ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

Rakannya, S. Gopala Kirusnan, 39, yang juga seorang pengawal keselamatan turut cedera parah di kepala dipercayai akibat diserang menggunakan objek tumpul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pemeriksaan terhadap mayat berkenaan mendapati terdapat kesan luka di kepala dan bahagian belakang tangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa yang sedang berbual-bual di situ diserang dua suspek yang dikenali dengan menggunakan kayu beluti dan topi keledar.

“Polis tidak menolak kemungkinan motif serangan tersebut akibat dendam lama, namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mior Faridalatrash, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Honda Ex-5 ketika kejadian, kini sedang diburu polis selepas identiti mereka dikenal pasti.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN