MELAKA 12 Mac – Kementerian Belia dan Sukan akan menggerakkan program perintis bagi menempatkan penghuni Sekolah Henry Gurney di institusi kemahiran sebagai usaha memperkasakan mereka dengan ilmu pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penghuni terpilih akan mengikuti program tersebut sama ada di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang merupakan institut kemahiran di bawah kementerian itu. Bagi projek perintis itu katanya, KBS akan memulakannya di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke institusi kemahiran belia yang lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya