TANJUNG MALIM – Seorang pengawal keselamatan wanita di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang di sini parah selepas ditimpa siling akibat ribut yang melanda kawasan berkenaan lewat petang semalam. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Yussli Abd. Latif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.41 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. “Tiba di lokasi, anggota mendapati kira-kira 20 pokok tumbang menghalang lalu lintas dan bumbung empat blok asrama termasuk asrama warden diterbangkan ribut. “Seorang wanita yang juga pengawal keselamatan PSAS mengalami kecederaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya