KUALA LUMPUR 6 Mac – Pengarah dan Pengasas Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA), R. Ravi Shanker meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, malam tadi akibat jangkitan kuman dalam darah. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas 35 hari menerima rawatan di hospital tersebut. Ravi Shanker, 42, sebelum ini pernah dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira dua minggu selepas mengalami deman berpanjangan. Bagaimanapun…










