Pengarah syarikat ditahan seleweng projek sistem teras RM500juta - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat ditahan seleweng projek sistem teras RM500juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Seorang pengarah di syarikat konsultan yang merupakan penasihat ketua projek teknologi maklumat (IT) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dekat sini. Suspek berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira 10 malam tadi bagi membantu siasatan dalam penyelewengan dan ketirisan projek sistem teras yang dianggarkan bernilai RM500 juta. Menurut sumber, projek tersebut turut dikaitkan dengan seorang Ahli Parlimen dan permohonan reman akan dilakukan terhadap suspek di Mahkamah Putrajaya, esok.-UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN