Pengarah filem Korea fail saman - Utusan Malaysia

Pengarah filem Korea fail saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 7 Mac – Pengarah filem terkemuka Korea Selatan yang sebelum ini didakwa melakukan penderaan seksual, telah memfailkan sama terhadap kumpulan hak asasi wanita susulan ‘kerosakan’ yang dialaminya.

Kim Ki-duk, 58, merupakan salah seorang pengarah filem ternama yang pernah meraih pelbagai anugerah termasuklah Golden Lion di Festival Filem Venice 2012 untuk filem ‘Pieta’.

Namun seorang pelakon wanita mendakwa Ki-duk melakukan penderaan fizikal dan seksual dengan memaksanya melakonkan babak berahi yang tidak ada dalam skrip pada 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelakon terbabit turut mendakwa Ki-duk menamparnya berkali-kali ketika menjalani penggambaran filem ‘Moebius’ pada 2013, sebelum pengarah itu menggantikannya dengan pelakon lain.

Awal tahun ini, pendakwa raya menarik balik dakwaan tersebut ekoran kekurangan bukti tatapi Ki-duk disaman sebanyak AS$4,600 (RM18,801) kerana melakukan serangan berbentuk fizikal.

Bulan lalu, Ki-du memfailkan pampasan sebanyak AS$265,000 (RM1.1 juta) terhadap kumpulan hak asasi wanita, Womenlink.

Pengarah itu mendakwa reputasinya terjejas terus terutamanya selepas Womenlink mendesak penganjur festival filem antarabangsa membatalkan jemputan mereka untuk Ki-duk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini