Pengambilan pekerja merosot 3 peratus - Utusan Malaysia

Pengambilan pekerja merosot 3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Aktiviti pengambilan pekerja di Malaysia turun tiga peratus tahun ke tahun pada Disember tahun lalu dengan industri perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans mengalami kejatuhan tertinggi.

Menurut laporan indeks pekerjaan suku keempat yang diterbitkan Monster, suku tersebut menyaksikan peningkatan dalam aktiviti pengambilan pekerja dalam sektor teknologi maklumat (IT), telekomunikasi serta hospitaliti dan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com, Abhijeet Mukherjee berkata, beberapa industri di dalam negara menyaksikan peningkatan dalam aktiviti pengambilan pekerja dalam talian bagi tempoh antara September dan Oktober 2018, sektor pengiklanan, analisis pasaran, perhubungan awam, media dan meningkat dengan tujuh mata peratusan berbanding penurunan daripada 13 peratus pada September 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun, sektor tersebut mencatatkan pertumbuhan negatif pada November (-3 peratus) dan Disember (-2 peratus) berasaskan bulan ke bulan, ini selari dengan penurunan aktiviti pengambilan pekerja di Malaysia pada suku tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini