PULAU PINANG 8 Mac – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi kelonggaran kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini yang dihalau Rabu lalu untuk pulang semula ke rumah masing-masing sehingga Ahad ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo serta Pejabat…










