KUALA LUMPUR 26 Mac – Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) bertindak membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) pada 30 November 2018 ekoran kegagalan persatuan itu mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997. Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman turut menyatakan pihaknya telah beberapa kali menghantar surat peringatan dan tunjuk sebab kepada AAM namun masih gagal mendapatkan kerjasama daripada badan sukan permotoran itu. “Kegagalan AAM untuk mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) yang mengandungi dokumen…










