Pencemaran: UiTM cawangan Pasir Gudang dibuka hari ini - Utusan Malaysia

Pencemaran: UiTM cawangan Pasir Gudang dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pasir Gudang yang diarahkan tutup sejak 13 Mac lalu ekoran pencemaran udara akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dibuka hari ini.

Menurut sumber dari UiTM, keputusan membuka balik operasi selepas keadaan udara di kawasan yang terjejas sebelum ini.

Bagaimanapun semua pelajar dan kakitangan UiTM dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng penutup hidung dan mulut serta mengurangkan aktiviti luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, mereka juga disaran agar segera rujuk pasukan perubatan sekiranya mengalami simptom-simptom akibat pencemaran sisa toksik.

Khamis lalu, UiTM sebelum ini mengumumkan sesi kuliah ditangguhkan selama lima hari bermula 13 Mac hingga semalam (17 Mac). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini