Pencemaran toksik; Sekolah terjejas tutup hingga 30 Mac - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik; Sekolah terjejas tutup hingga 30 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 18 Mac – Penutupan kesemua 111 sekolah yang terjejas akibat pencemaran toksik di daerah ini sejak Rabu lalu akan dilanjutkan sehingga tamat cuti pertengahan penggal pertama berakhir 30 Mac ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, lanjutan penutupan itu dibuat berdasarkan prinsip langkah berjaga-jaga yang diambil pihak Kementerian Pendidikan.

“Kita berharap dengan penjelasan ini, semua ambil maklum tentang perkembangan semasa krisis dan kalau ada apa-apa info tambahan, kita (kementerian) akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa pencemaran di Pusat Rawatan Awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini sebentar tadi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini