Pencemaran toksik: Penduduk enggan berpindah - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik: Penduduk enggan berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 15 Mac – Ketika sebilangan penduduk sekitar daerah ini membuat keputusan meninggalkan kediaman mereka buat sementara waktu, ada antaranya yang berserah kepada takdir. 

Seorang penduduk yang ditemui, Osman Mohamad, 52,  memilih untuk kekal di rumahnya di Kampung Paya, Taman Pasir Putih walaupun dari Sungai Kim Kim yang tercemar hanya 20 meter.

Menurutnya, sekiranya diarahkan pihak berkuasa untuk meninggalkan kediaman buat sementara waktu, dia akan tetap tinggal di situ. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya diarahkan keluar, saya akan mengarahkan ahli keluarga meninggalkan rumah ini buat sementara waktu, tapi saya akan tetap tinggal di sini. 

“Saya akan memikul tanggungjawab untuk menjaga rumah dan kawasan perkampungan ini bagi memastikan tiada sebarang jenayah berlaku,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Difahamkan terdapat seramai 68 buah keluarga yang menetap di dalam kawasan kampung berkenaan. 

HADELISURI RABU
HADELISURI RABU 

Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung tersebut, Hadelisuri Rabu, 40, pula melahirkan kehairanan dengan operasi pembersihan yang dijalankan pihak berkuasa. 

“Saya tertanya-tanya adakah ini kerja pembersihan sungai daripada pencemaran ataupun projek pelebaran sungai?

“Sebab yang saya lihat adalah mereka mengorek tanah di bahagian tebing dan bukan dari bahagian dasarnya,” tambahnya. 

Dia juga memilih untuk kekal di rumahnya pada ketika ini ekoran terikat dengan komitmen kerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini