Pencemaran: Kualiti udara di Pasir Gudang semakin pulih - Utusan Malaysia

Pencemaran: Kualiti udara di Pasir Gudang semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kualiti udara di Pasir Gudang semakin pulih dan pemantauan berterusan dijalankan oleh pasukan pemantau bagi memastikan keadaan di kawasan itu benar-benar stabil.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, sebanyak 42 buah sekolah telah dipantau oleh 30 pasukan pemantau Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.

“Secara keseluruhannya, hampir semua sekolah menunjukkan nilai Volatile Organic Compund (VOC) adalah sifar kecuali Sekolah Taman Rinting 3 yang menunjukkan sekali sahaja bacaan VOC pada kadar lima part per million (ppm) dan tiga ppm pada pukul 3 petang semalam di aras bawah dan aras satu sekolah tersebut,” kata JAS, dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bacaan telah dibuat pada pukul 12 tengah hari, tiga petang dan enam petang semalam.

Selain itu, tiada bacaan hidrogen disulfida dicatatkan di semua sekolah.

Menurut JAS, pemantauan yang sama akan dilakukan esok pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, tiga petang dan enam petang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini