JOHOR BAHRU 8 Mac – Sahabat Alam Sekitar (SAM) menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab membuang sisa kimia dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, semalam. Presiden SAM, S. M. Mohamed Idris berkata, tindakan tegas perlu kerana insiden tersebut mengancam kesihatan masyarakat sekitar, termasuk pelajar dan kakitangan sekolah. “SAM berpendapat hukuman berat wajar dikenakan ke atas pihak yang terlibat setimpal dengan kesalahan dilakukan. “Tindakan itu (membuang sisa kimia secara haram) amat serius dan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada kesihatan orang ramai, tetapi juga alam sekitar,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya