Pencemaran: JAS selesai ambil dan rekod keterangan tiga suspek - Utusan Malaysia

Pencemaran: JAS selesai ambil dan rekod keterangan tiga suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor hari ini selesai memgambil dan merekodkan keterangan daripada tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Sim Sim, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan petang kelmarin dan tengah hari semalam masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Hari ini kita telah selesai mengambil dan merekodkan keterangan daripada ketiga-tiga suspek ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohammad Ezzani berkata, suspek terdiri daripada pemilik sebuah kilang kimia, kilang barang lusuh dan pekerjanya.

Sementara itu, suasana kembali cemas hari ini apabila lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort mengadu loya dan terhidu bau bahan kimia.

Mereka merupakan mangsa gelombang kedua di tempatkan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih untuk menerima rawatan awal.

Sehingga kini, lapan pelajar dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini