Pencemaran: Calon SPM di sekolah terjejas boleh semak keputusan di PPD Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Pencemaran: Calon SPM di sekolah terjejas boleh semak keputusan di PPD Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di sekolah-sekolah yang ditutup akibat bencana pencemaran sisa bahan kimia di kawasan Pasir Gudang, Johor boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas pukul 10 pagi esok.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888. 

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi esok dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang, 20 Mac depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

“Lembaga Peperiksaan prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh calon yang terjejas dengan bencana tersebut dan akan memastikan mereka dapat menyemak keputusan SPM di tempat lain yang lebih selamat,” katanya. – K! ONLINE

Sebagai rujukan calon, alamat dan nombor telefon PPD Pasir Gudang adalah seperti berikut:

d/a SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga,
Bandar Baru Kota Puteri
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Tel: 07-3881210 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini