Pencemaran: 506 mangsa sisa kimia direkodkan hari ini - Utusan Malaysia

Pencemaran: 506 mangsa sisa kimia direkodkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir, Khamis lepas. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, ia merangkumi 166 yang  menerima rawatan di wad biasa dan sembilan berada di unit rawatan rapi ICU. 

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jumlah pesakit terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang turut menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, turut menafikan  maklumat tular mengenai  kematian yang didakwa berikutan pencemaran akibat sisa kimia.

“Saya tegaskan tentang apa sahaja berita di laman sosial tentang kematian, tiada kematian,” katanya dalam sidang media di Pusat Gerakan Pengurusan Bencana negeri, di sini, hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini