PUTRAJAYA 14 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.89 berbanding 4.90 pada 2017. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, jurang pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar juga mengecil sebanyak 0.04 pada 2018 berbanding 2017. Katanya, peratusan calon layak dianugerahkan sijil meningkat sebanyak 1.2 peratus iaitu 86.4 peratus daripada 391,641 calon yang menduduki peperiksaan…









