PORTO 7 Mac – Alex Telles menyempurnakan sepakan penalti hasil bantuan VAR (video bantuan pengadil) ketika permainan masuk ke masa tambahan, yang berkesudahan Porto menewaskan Roma 3-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini. Francisco Soares meletakkan Porto di depan pada minit ke-26, tetapi Daniele De Rossi menyumbat gol penyamaan menerusi sepakan penalti sebelum rehat babak pertama selepas Eder Militao menjatuhkan Diego Perotti. Moussa Marega kembali meletakkan tuan…










