Pemuda UMNO rai pelajar terbaik STPM - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO rai pelajar terbaik STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 20 Mac – Pemuda UMNO bahagian ini meraikan pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), M. Dhivya Janani dalam satu majlis khas di Dewan Komuniti Kerillah dekat sini malam tadi.

Ketuanya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, kejayaan remaja berusia 20 tahun itu menjadi kebanggan dan mengharumkan nama jajahan ini.

Beliau berkata, malah kejayaan mencatatkan 5 Prinsipal A bagi setiap subjek diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Geografi dan Ekonomi dalam peperiksaan tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kegigihan Dhivya berulang alik sejauh 60 kilometer dengan menununggang motosikal setiap hari ke sekolah untuk menimba ilmu dan kehidupan yang serba kekurangan membuktikan sikapnya yang sentiasa positif untuk berjaya walaupun terpaksa menempuh pelbagi cabaran.

“Kita harus mencontohi dedikasi Dhivya mendapat keputusan yang cukup cemerlang ni,” katanya di sini hari ini.

Anak pasangan penoreh getah itu dan rakannya Wee Chin Seng dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) telah diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM 2018 baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini