HEBAT betul ‘ semangat setiakawan’ pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) ‘senyap sunyi’ apabila pemimpin DAP melampaui batas dalam mengulas kerjasama UMNO-Pas. Pemimpin Bersatu hanya diam, pemimpin Melayu PKR menyepi manakala pemimpin Amanah membisu. Mereka membiarkan sahaja pemimpin DAP mengkritik dan menyerang UMNO-Pas yang berusaha menyatukan ummah. Biarpun pemimpin UMNO-Pas sebangsa dan seagama dan kerjasama itu pasti memberi manfaat kepada umat Islam tetapi disebabkan mereka adalah musuh politik maka…










