PASIR GUDANG 15 Mac – Penduduk setempat terutama berdekatan kawasan pencemaran Sungai Kim Kim dinasihatkan untuk tidak menyaksikan kerja-kerja pembersihan di sungai itu selain mereka diberi amaran tidak ke kawasan zon merah. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, ini bagi memastikan keadaan terus terkawal selain dibimbangi proses tersebut mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan. “Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala…










