KUANTAN 29 Mac – Seorang pembantu tadbir di Jabatan Pertanian negeri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan berhubung kes tuntutan palsu ketika bertugas di dua jabatan kerajaan di negeri ini antara 2014 hingga 2017. Tertuduh, Mazuin Zulkifli, 33, membuat pengakuan itu selepas memahami kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib. Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa memalsukan 32 tuntutan…










