ALOR SETAR 15 Mac – Perkembangan politik Kedah semakin menarik apabila bukan sahaja pihak pembangkang, malah wakil kerajaan negeri juga menyokong cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar. Terdahulu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berpendapat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhak untuk mengusulkan keperluan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedah. Beliau dilaporkan berkata, biarpun Undang-Undang Tubuh Kedah tidak memperuntukkan jawatan itu ketika ini, namun sidang DUN boleh…










