LONDON 26 Mac – Niat menunjuk-nunjuk kereta mewah jenis Lamborghini Huracan Performante di hadapan orang ramai mengakibatkan kenderaan bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) merempuh pokok dan tembok bata, di sini baru-baru ini.
Daily Mail melaporkan, difahamkan pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan disamping dia dilihat mengalirkan air mata.
Kejadian berlaku selepas pemandu itu cuba menunjukkan pecutan kelajuan keretanya kepada orang ramai yang kagum dengan bunyi enjin kenderaan mewah berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, kereta itu kemudian hilang kawalan dengan bergerak ke arah laluan bertentangan yang dipenuhi kenderaan lain sebelum dia cuba mengawal dengan membelok ke kiri lantas berlanggar.











