SEJUK mata memandang tatkala tiba di pekarangan Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di Kampung Padang Tembak, Lumut yang mula beroperasi pada 14 Januari tahun lalu. Biarpun baru berusia setahun jagung, persekitarannya terasa cukup kondusif apabila bangunan madrasah itu direka bentuk persis seni bina sebuah sekolah di Casablanca, Magribi. Dengan kos pembangunan sebanyak RM5 juta, Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas yang dibina oleh Yayasan Nur Ikhlas didirikan atas tapak seluas kira-kira dua hektar.…










