Pelayan kelab golf maut, tiga cedera langgar tembok LRT - Utusan Malaysia

Pelayan kelab golf maut, tiga cedera langgar tembok LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pelayan kelab golf maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Lapangan Terbang Subang, berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.20 pagi itu, Norman Mansiu, 31, yang berasal dari Kunak, Sabah meninggal dunia di lokasi manakala tiga rakannya yang lain cedera.

Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Perodua Viva yang dipandu Norman menghala ke arah Subang itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tembok tiang stesen LRT di sebelah kiri laluan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, Norman telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian manakala tiga rakannya yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke PPUM untuk tujuan dibedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saksi kemalangan tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Mohd. Nazreen Nasharuddin di talian 010-2105 101. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini