Pelajar Malaysia ditemukan maut di Tasik Serpentine, London - Utusan Malaysia

Pelajar Malaysia ditemukan maut di Tasik Serpentine, London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Seorang pelajar rakyat Malaysia ditemukan maut di Tasik Serpentine, Hyde Park, London, United Kingdom (UK), semalam.

Difahamkan, mangsa Muhammad Hafiz Zainal Epi, 23, merupakan pelajar di Imperial College, London.

Berita kematian tersebut disahkan bapanya yang juga bekas wartawan The Star, Zainal Epi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dia sekeluarga akan bertolak ke London esok untuk urusan pengebumian anaknya di sana.

“Arwah tidak pernah memberitahu jika dia ada mengalami sebarang sakit sebelum ini dan pemergiannya mengejutkan kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, portal berita Metro dari UK melaporkan, polis menerima laporan penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 5.43 petang semalam.

Jelas portal tersebut, jurucakap polis memberitahu mayat lelaki itu ditemukan di dalam tasik dan punca kematian masih lagi dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini