Pelajar Kolej Vokasional Port Dickson maut digilis empat kenderaan - Utusan Malaysia

Pelajar Kolej Vokasional Port Dickson maut digilis empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, badan mangsa, Muhammad Izzul Akmal Azmi, 19,(Gambar kecil) yang beralamat di Taman Desa Permai, Pedas hancur digilis sebuah kereta dan tiga motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang mangsa terbabas di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan.

“Sebuah kereta dan tiga motosikal tidak dapat mengelak mangsa lalu melanggar mangsa. Sebelum kejadian, semua kenderaan bergerak dari arah Seremban ke Port Dickson,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, dua penunggang motosikal yang juga pelajar Kolej Vokasional Port Dickson masing-masing berusia 19 tahun turut mengalami cedera ringan pada muka dan badan dalam kemalangan itu.

Menurutnya, pemandu kereta jenis Honda dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi menjalani bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini