Pekerja lebuh raya putus kaki kanan kemalangan di Tanjung Malim - Utusan Malaysia

Pekerja lebuh raya putus kaki kanan kemalangan di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Seorang penunggang motosikal maut dengan keadaan terputus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 120 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, R. Chandran, 49, yang merupakan pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki kanan. 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa masuk ke laluan bertentangan dalam cubaan untuk memotong sebuah kereta jenis Perodua Bezza di hadapannya. 

“Bagaimanapun, cubaan memotong kereta tersebut tidak berjaya sebelum mangsa melanggar sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun secara berhadapan di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Wan Kamarul Azran, akibat pertembungan tersebut, mangsa terpelanting di hadapan Perodua Bezza sebelum dilanggar kereta berkenaan disebabkan jarak yang terlalu dekat. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki kanan. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat dan darah mangsa dibawa ke Jabatan Kimia, Ipoh untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Katanya, dua lagi pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun Perodua Bezza terbabas ke kanan jalan raya. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini