Pejabat agensi kerajaan diserbu SPRM hari ini - Utusan Malaysia

Pejabat agensi kerajaan diserbu SPRM hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sebuah pejabat agensi kerajaan di ibu negara diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung skandal projek Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM500 juta

Selain agensi berkenaan, turut diserbu ialah sebuah lagi syarikat yang mempunyai kaitan dan dipercayai terlibat dalam penyelewengan bernilai RM33.3 juta.

Menurut sumber, SPRM pada mulanya menyerbu syarikat berkaitan agensi tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, susulan itu, satu lagi serbuan dilakukan SPRM di agensi berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

“Kedua-dua kes yang disiasat adalah kes yang berasingan namun mempunyai kaitan satu sama lain.

“Berikutan itu, SPRM hadir ke dua-dua pejabat berkenaan bagi mendapatkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini