KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini menahan pegawai atasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang. Sehubungan perkembangan itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin semasa dihubungi mengesahkan penahanan ke atas suspek bagi membantu siasatan. Suspek ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang di sini petang tadi berhubung kes penipuan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Koperasi bernilai RM5,000 yang disiasat suruhanjaya itu sejak beberapa bulan lalu. Suspek seterusnya ditahan selepas disyaki memperdaya pegawai Unit Promosi dan Pengembangan SKM Pahang melalui penganjuran seminar usahawan muda koperasi di Universiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya