KUALA LUMPUR 26 Mac – Pengendali baharu PDRM, E.Elavarasan percaya skuad kendaliannya sudah mula menunjukkan peningkatan positif namun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih konsisten. Selepas enam perlawanan musim ini, The Cops tewas lima perlawanan dan hanya berjaya meraih keputusan seri untuk menghuni kedudukan tercorot Liga Perdana. Elavarasan berkata, untuk menjadi sebuah pasukan yang baik, mereka perlu fokus perlawanan demi perlawanan dan menggunakan segala kemampuan yang ada…










