NEW YORK 2 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak usul Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf penjajahan Israel terhadap wilayah Bukit Golan. PressTv memetik wakil khas PBB ke Syria, Geir O. Pedersen berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) secara jelas mengetahui Bukit Golan terletak dalam wilayah Syria. Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai reaksi kepada persoalan berhubung rang undang-undang yang dikemukakan oleh anggota parti Republikan dalam Kongres yang ingin mengiktiraf usaha Israel untuk menjadikan Bukit Golan sebagai wilayah baharu rejim Zionis itu. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya