DHAKA 6 Mac – Sekumpulan pendakwa raya dari pejabat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berada di negara ini, hari ini bagi menyiasat dakwaan kekejaman dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya pada 2017. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh ICC, lawatan itu merupakan sebahagian daripada pemeriksaan awal yang dijalankan berhubung situasi di Myanmar/Bangladesh. “Pemeriksaan awal bukanlah siasatan. Lawatan seperti itu dalam konteks pemeriksaan awal adalah langkah standard dan delegasi tidak akan terbabit…










