NEW DELHI 10 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya India melarang penggunaan imej pasukan ketenteraan negara itu dalam mana-mana poster atau kempen pilihan raya negara itu. Lapor Reuters, notis itu dikeluarkan bersama-sama sebuah gambar yang menunjukkan parti pemerintah Bharatiya Janata menggunakan imej juruterbang Tentera Udara India yang ditawan Pakistan, Komander Sayap Abhinandan Varthaman dalam poster mereka. Dalam notis itu, suruhanjaya itu berkata, parti politik tidak seharusnya menggunakan mana-mana imej institusi pertahanan…









