Parlimen: Trend harga barangan basah stabil - Utusan Malaysia

Parlimen: Trend harga barangan basah stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Trend harga barangan basah di pasaran adalah stabil dengan sebahagian mengalami penurunan harga, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chien Jen berkata, berdasarkan pemantauan kementerian terhadap 31 item bagi tempoh Januari tahun ini, 18 item mengalami penurunan harga dan 13 lagi meningkat jika dibandingkan tempoh sama tahun lepas.

Chien Jen berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang ) yang ingin tahu sebab harga barang basah masih lagi tinggi walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimansuhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Chien Jen berkata, harga barang basah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, bukan oleh GST manakala pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan pula hanya dikenakan kepada aktiviti lain sepanjang rantaian bekalan seperti logistik dan input pertanian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini