MOSCOW 12 Mac – Parlimen Rusia hari ini menyokong untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk ‘memudahkan’ ketua-ketua kumpulan jenayah didakwa dan dihukum.
Rang undang-undang tersebut yang diusulkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dan diluluskan dalam sesi pembentangan kedua memfokuskan hukuman terhadap ketua dan sindiket jenayah.
Setakat ini, dianggarkan kira-kira 200 hingga 400 ketua penjenayah di seluruh Rusia dan kebanyakan mereka berasal dari Georgia. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











